Saturday 31 March 2012

WAKIL ALUMNI SK BERANGAN 1 MERASMIKAN MESYUARAT PIBG SKB 1 KALI KE 36.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, mesyuarat agung PIBG SKB 1 kali ke 36 telah diadakan dengan jayanya pada 31 Mac 2012, Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Hj Ismail. Majlis gilang gemilang ini turut disertai oleh wakil PPD Daerah Tumpat dan diresmi oleh salah seorang ahli ALUMNI SKB 1 iaitu Tn Hj. Zulkarnain Ismail, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penggerudian, PETRONAS. Perasmian ini mencatat satu lagi sejarah apabila bekas pelajar SK Berangan sendiri sudi hadir ke sekolah asal beliau dan merasmikan satu majlis yang amat bermakna kepada PIBG sekolah ini. Sebelum ini Dato' Mohamad Tahir yang juga ALUMNI SK Berangan (sekarang PENAUNG ALUMNI SKB 1) telah pernah datang ke SKB 1 dan merasmikan mesyuarat yang sama. Mesyuarat agung PIBG kali ke 36 ini merupakan program 3 dalam 1 iaitu;

a) ucapan perasmian oleh ALUMNI SKB 1 sendiri
b) persaraan YDP PIBG yang telah berkhidmat selama 37 tahun
c) perlantikan AJK baru PIBG 2012

Sebagai pengerusi ALUMNI, saya amat berbangga dengan kedatangan ahli ALUMNI kembali ke sekolah asal dan memberi suntikan semangat serta motivasi kepada para ibu bapa berdasarkan sejarah kehidupan masing-masing yang pada realiti nya mereka ini bukan berasal dari keluarga yang kaya dan mewah.

Tuan Hj Zulkarnain juga banyak memberi nasihat dan panduan kepada pihak ibu bapa dari segi motivasi pendidikan anak-anak, kecaknaan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak yang semakin mencabar khususnya di dalam era teknologi maklumat (IT) yang serba pantas serta kemahiran keibubapaan (parenting skill). Beliau menggaris beberapa perkara penting yang perlu ditekankan oleh para ibu bapa dalam mendidik anak-anak termasuk penekanan kepada agama khususnya perkara asas seperti solat 5 waktu dan lain-lain. Sekali sekala beliau menyelitkan ucapan beliau dengan sejarah silam bagaimana kecaknaan ayah beliau (allahyarham Ismail) terhadap anak-anak khususnya dalam bidang pendidikan. Bagi beliau pendidikan kepada anak-anak adalah satu aset yang sangat mahal harganya dan tidak seharusnya dipandang ringan oleh para ibu bapa dan menekankan kemewahan yang diberikan kepada anak-anak tidak akan mebawa apa-apa makna jika anak-anak gagal akhirnya. Kita seharusnya berpada-pada dalam memberikan  kemewahan kepada anak-anak.

Saya agak tersentuh perasaan apabila Tn Hj Zulkarnain sebelum memulakan ucapan memohon semua yang hadir  supaya dapat menghadiahkan al Fahihah kepada arwah orang-orang tua /sdr mara kita yang telah pergi mendahului kita semua menghadap Ilahi. Sesungguhnya ciri-ciri anak yang soleh yang sentiasa berdoa untuk kedua orang tua ada para diri Tn Hj. Zul. Syukur alhamdulillah...

(Nota: Maklumat lanjut mengenai majlis perasmian PIBG, persaraan YDP PIBG Tn Hj. Ismail dan perlantikan AJK baru PIBG 2012 akan menyusul, insyaAllah)

Tkasih

Dr Hj Hadzri Hj Yaacob
Pengerusi ALUMNI SKB 1

Tuesday 27 March 2012

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB

Alhamdulillah, sehingga 27 Mac 2012, keahlian ALUMNI SKB 1 seramai 35 orang termasuk ahli yang baru didaftarkan ialah Tn Hj Zulkarnain Ismail, Senior General Manager, Drilling Division, PETRONAS Carigali.  Beliau dijangka merasmikan mesyuarat agung PIBG SKB 1 pada hari Sabtu, 31 Mac 2012. Bilangan keahlian dijangka akan bertambah setelah pihak kami mendapat maklumat dari bekas pelajar SKB1 dari masa ke semasa.

Untuk tujuan tersebut, satu borang akan diedarkan kepada ibu bapa yang dijangka hadir dalam mesyuarat agung di atas di mana ibu bapa diminta mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya mereka atau anak-anak mereka pernah belajar di SKB 1. Pihak pengurusan ALUMNI SKB 1 menetapkan buat masa ini hanya bekas pelajar yang berada di kolej/universiti/ matrikulasi/ pusat asasi, yang bekerja/pesara/bekerja sendiri didaftarkan sebagai ahli ALUMNI. Walaubagaimanapun pihak kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dari ahli/bakal ahli untuk memperkemaskan lagi pengurusan ALUMNI ini

Sekian, jumpa lagi

Dari

Dr Hj Mohd Hadzri Hj Yaacob
Pengerusi ALUMNI SKB 1

28/3/2012

Monday 26 March 2012

Alhamdulillah.. Blog ALUMNI berjaya dirasmikan..



Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya yang Maha Agung telah memungkinkan Blog ALUMNI SKB1 dilancarkan dengan jayanya pada 23 Disember 2011. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Tahir B. Mohamed yang juga merupakan PENAUNG ALUMNI SKB1. Di dalam majlis tersebut, Dato' telah bermurah hati menderma sebanyak RM7,500.00 kepada tabung PIBG SK. Berangan 1. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang berpanjangan kepada Dato' sekeluarga.