Sunday 15 April 2012

PENGERUSI PIBG SKB 1 BERSARA SELEPAS 37 TAHUN BERKHIDMAT

Pengerusi PIBG SKB 1, Ybrs Tn Hj. Ismail Mohamad telah mula bersara setelah 37 tahun mencurah khidmat bakti kepada perkembangan dan kemajuan Sekolah Kebangsaan Berangan 1. Majlis persaraan beliau telah diadakan serentak dengan mesyuarat PIBG kali ke 36 pada 31 Mac 2012. Beliau diganti oleh Ybrs Tn Hj. Bunyamin Hj Mohamad yang juga salah seorang ahli ALUMNI SKB1. Sebagai acara simbolik persaraan beliau, Tn Hj Ismail dan isteri diarak di atas kenderaan yang dihias khas dengan diiringi sepuluh buah kenderaan lain bergerak dari perkarangan sekolah ke rumah beliau yang terletak kira-kira 2 km dari sekolah. Pihak keluarga Tn Hj Ismail juga bermurah hati mengadakan jamuan tengahari untuk semua hadirin di perkarangan rumah beliau.

Carian di laman web serta maklumat dari Malaysia Book of Record (MBOR) oleh pihak ALUMNI mendapati belum ada rekod resmi dicatatkan oleh seseorang individu sebagai pengerusi PIBG terlama bertugas di sebuah sekolah di Malaysia setakat ini.

Rasanya tidak terlewat untuk pihak ALUMNI mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj. Ismail dan selamat bertugas kepada Tn Hj Bunyamin. Semoga kesinambungan kecemerlang SKB1 dan PIBG akan berterusan di bawah kepimpinan baru apatah lagi pengerusinya juga merupakan ahli ALUMNI SKB1.

MHY

Sunday 1 April 2012

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ALUMNI SKB 1?

1. Keahlian terbuka kepada semua bekas pelajar Sek Keb Berangan (sebelum 1.1.1994) dan Sek Keb Berangan 1 (selepas 1.1.1994).

2. Sila email maklumat berikut ke hadzri@kb.usm.my;

a) Bagi yang sudah bekerja

Nama:
Pekerjaan:
Alamat tempat kerja:
Alamat tetap di Kelantan:
Tahun belajar di SKB atau SKB1:
No telefon pejabat / bimbit:
Alamat email:


a) Bagi yang masih belajar

Nama:
Nama institusi (IPTA/IPTS/Kolej/ Matrikulasi/Politeknik dll):
Bidang (jika ada):
Alamat tetap di Kelantan:
Tahun belajar di SKB atau SKB1:
No telefon bimbit:
Alamat email:





Maklumat keahlian akan diupdate dalam blog ALUMNI SKB 1 dari masa ke semasa apabila saya menerima pendaftaran baru.

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua bakal ahli ALUMNI SKB 1

MHY
Pengerusi ALUMNI SKB 1




TAHNIAH!  SKB 1 MENDAPAT ANUGERAH BAI'AH KALI KE 2

Saya mewakili ALUMNI SKB 1 mengucapkan jutaan tahniah dan rasa syukur yang tidak terkira di atas kejayaan SKB 1 menerima penghargaan - anugerah Bai'ah kali ke 2 berturut-turut dari Kem Pelajaran Malaysia. Bai'ah pertama diterima pada tahun 2011. Tahniah kepada Puan Guru  Besar SKB1, Pn Hajjah Ramzah, semua guru dan kakitangan SKB1, PIBG, ibu bapa dan para pelajar SKB 1. Kerja sama erat yang diberikan oleh semua pihak ini telah memungkinkan SKB 1 terus memacu kecemerlangan apatah lagi memenangi hadiah Bai'ah kali kedua ini. Sungguh benarlah seperti terpampannya motto SKB 1 Sentiasa Ke Arah Bitara.  


Semoga SKB 1 akan terus cemerlang, insyaAllah !!

MHY, 
Pengerusi ALUMNI SKB 1