Saturday 30 June 2012

PIBG SK. BERANGAN 1 CEMERLANG

 

Barisan depan 2 dari kiri - Pn Guru Besar SKB1 dan 4 dari kiri - En Mohd Rozi - NYDP PIBG SKB 1 bersama cek anugerah PIBG cemerlang peringkat PPD Tumpat

Telah tercipta satu sejarah, pada tanggal 26 Jun 2012, PIBG SKB 1 telah menerima Anugerah sebagai PIBG paling cemerlang Tahun 2011 bagi Daerah Tumpat. TAHNIAH diucapkan kepada SEMUA yang terlibat dalam meraih pengiktirafan ini.

Mengambil kesempatan ini pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan tahniah di atas pencapaian ini yang julung-julung kali diterima. Semoga PIBG SKB 1 akan terus cemerlang di bawah pengurusan Tn Hj Bunyamin, yang juga salah seorang ahli ALUMNI SKB 1

MAJLIS LABUHAN BAHTERA GEMILANG (PERSARAAN)

GURU BESAR CEMERLANG

PUAN HAJJAH RAMZAH BINTI YUSOFF






Pada 28 Jun 2012, maka terciptalah satu lagi sejarah bagi SK. Berangan 1 apabila Guru Besar Cemerlang, Pn. Hjh Ramzah Bt. Yusoff telah bersara dari perkhidmatan beliau. Selama 8 tahun sebagai Guru Besar, sudah banyak sumbangan yang beliau berikan kepada sekolah ini sehingga berjaya mengangkat SK. Berangan 1 sehingga menjadi antara sekolah yang terbilang di daerah ini samada dari segi akademik, ko-kurikulum dll. Di majlis tersebut, salah seorang ahli ALUMNI SK. Berangan 1, Siti Maisarah Bt. Dr. Hadzri telah menyampaikan ucapan mewakili bekas murid Pn. Hjh Ramzah. Beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar atas sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah.

Pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan selamat bersara kepada Pn Guru Besar semoga kehidupan puan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. 


Pn GB bersama Cikgu Zulkifli, Cikgu Ibrahim dan Siti Maisarah (wakil ALUMNI SKB1)


Sebelum itu, tanggal 27 Jun 2012, satu majlis persaraan telah diadakan khusus oleh PIBG dan guru-guru SKB1 untuk Pn GB bertempat di dewan Hj Ismail, SKB1 bermula jam 9.00 mlm hingga 11.30 mlm. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid (PIBG), nyanyian (guru SKB1) dan acara kemuncak, persembahan dikir barat oleh pendikir tersohor, Zaidi Buluh Perindu yang juga bekas pelajar Pn GB semasa di Sek. Men. Wakaf Bharu. 

Persembahan nasyid oleh wakil PIBG       


Nyanyian lagu "Masih Kah Kau Ingat" oleh guru-guru SKB1






Zaidi Buluh Rindu dengan lagu "Rindu-Rindu"



Bersama para guru SKB1


Bersama AJK PIBG SKB1 dan mantan Pengerusi PIBG - Tn Hj. Ismail (pertama dari kiri)





                                                            Tuai padi antara masak
                                                            Esok jangan layu-layuan
                                                           Intai kami antara nampak
                                                           Esok jangan rindu-rinduan