Saturday, 31 March 2012

WAKIL ALUMNI SK BERANGAN 1 MERASMIKAN MESYUARAT PIBG SKB 1 KALI KE 36.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, mesyuarat agung PIBG SKB 1 kali ke 36 telah diadakan dengan jayanya pada 31 Mac 2012, Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Hj Ismail. Majlis gilang gemilang ini turut disertai oleh wakil PPD Daerah Tumpat dan diresmi oleh salah seorang ahli ALUMNI SKB 1 iaitu Tn Hj. Zulkarnain Ismail, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penggerudian, PETRONAS. Perasmian ini mencatat satu lagi sejarah apabila bekas pelajar SK Berangan sendiri sudi hadir ke sekolah asal beliau dan merasmikan satu majlis yang amat bermakna kepada PIBG sekolah ini. Sebelum ini Dato' Mohamad Tahir yang juga ALUMNI SK Berangan (sekarang PENAUNG ALUMNI SKB 1) telah pernah datang ke SKB 1 dan merasmikan mesyuarat yang sama. Mesyuarat agung PIBG kali ke 36 ini merupakan program 3 dalam 1 iaitu;

a) ucapan perasmian oleh ALUMNI SKB 1 sendiri
b) persaraan YDP PIBG yang telah berkhidmat selama 37 tahun
c) perlantikan AJK baru PIBG 2012

Sebagai pengerusi ALUMNI, saya amat berbangga dengan kedatangan ahli ALUMNI kembali ke sekolah asal dan memberi suntikan semangat serta motivasi kepada para ibu bapa berdasarkan sejarah kehidupan masing-masing yang pada realiti nya mereka ini bukan berasal dari keluarga yang kaya dan mewah.

Tuan Hj Zulkarnain juga banyak memberi nasihat dan panduan kepada pihak ibu bapa dari segi motivasi pendidikan anak-anak, kecaknaan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak yang semakin mencabar khususnya di dalam era teknologi maklumat (IT) yang serba pantas serta kemahiran keibubapaan (parenting skill). Beliau menggaris beberapa perkara penting yang perlu ditekankan oleh para ibu bapa dalam mendidik anak-anak termasuk penekanan kepada agama khususnya perkara asas seperti solat 5 waktu dan lain-lain. Sekali sekala beliau menyelitkan ucapan beliau dengan sejarah silam bagaimana kecaknaan ayah beliau (allahyarham Ismail) terhadap anak-anak khususnya dalam bidang pendidikan. Bagi beliau pendidikan kepada anak-anak adalah satu aset yang sangat mahal harganya dan tidak seharusnya dipandang ringan oleh para ibu bapa dan menekankan kemewahan yang diberikan kepada anak-anak tidak akan mebawa apa-apa makna jika anak-anak gagal akhirnya. Kita seharusnya berpada-pada dalam memberikan  kemewahan kepada anak-anak.

Saya agak tersentuh perasaan apabila Tn Hj Zulkarnain sebelum memulakan ucapan memohon semua yang hadir  supaya dapat menghadiahkan al Fahihah kepada arwah orang-orang tua /sdr mara kita yang telah pergi mendahului kita semua menghadap Ilahi. Sesungguhnya ciri-ciri anak yang soleh yang sentiasa berdoa untuk kedua orang tua ada para diri Tn Hj. Zul. Syukur alhamdulillah...

(Nota: Maklumat lanjut mengenai majlis perasmian PIBG, persaraan YDP PIBG Tn Hj. Ismail dan perlantikan AJK baru PIBG 2012 akan menyusul, insyaAllah)

Tkasih

Dr Hj Hadzri Hj Yaacob
Pengerusi ALUMNI SKB 1

Tuesday, 27 March 2012

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB

Alhamdulillah, sehingga 27 Mac 2012, keahlian ALUMNI SKB 1 seramai 35 orang termasuk ahli yang baru didaftarkan ialah Tn Hj Zulkarnain Ismail, Senior General Manager, Drilling Division, PETRONAS Carigali.  Beliau dijangka merasmikan mesyuarat agung PIBG SKB 1 pada hari Sabtu, 31 Mac 2012. Bilangan keahlian dijangka akan bertambah setelah pihak kami mendapat maklumat dari bekas pelajar SKB1 dari masa ke semasa.

Untuk tujuan tersebut, satu borang akan diedarkan kepada ibu bapa yang dijangka hadir dalam mesyuarat agung di atas di mana ibu bapa diminta mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya mereka atau anak-anak mereka pernah belajar di SKB 1. Pihak pengurusan ALUMNI SKB 1 menetapkan buat masa ini hanya bekas pelajar yang berada di kolej/universiti/ matrikulasi/ pusat asasi, yang bekerja/pesara/bekerja sendiri didaftarkan sebagai ahli ALUMNI. Walaubagaimanapun pihak kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dari ahli/bakal ahli untuk memperkemaskan lagi pengurusan ALUMNI ini

Sekian, jumpa lagi

Dari

Dr Hj Mohd Hadzri Hj Yaacob
Pengerusi ALUMNI SKB 1

28/3/2012

Monday, 26 March 2012

Alhamdulillah.. Blog ALUMNI berjaya dirasmikan..



Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya yang Maha Agung telah memungkinkan Blog ALUMNI SKB1 dilancarkan dengan jayanya pada 23 Disember 2011. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Tahir B. Mohamed yang juga merupakan PENAUNG ALUMNI SKB1. Di dalam majlis tersebut, Dato' telah bermurah hati menderma sebanyak RM7,500.00 kepada tabung PIBG SK. Berangan 1. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang berpanjangan kepada Dato' sekeluarga.

Friday, 16 December 2011

SALAM PERSAHABATAN...

 Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada ALLAH, Pencipta sekalian alam kerana dengan limpah RahmatNya dapatlah kami mewujudkan satu blog yang bermatlamat untuk merapatkan Ukhuwwah / persaudaraan antara semua bekas-bekas murid SK. BERANGAN 1, TUMPAT, KELANTAN.

SENARAI AJK ALUMNI (MULAI 1.7.2012)

PENAUNG
Dato’ Md. Tahir Bin Mohammed
PENASIHAT
En. Che Musthafa Che Kasim
PENGERUSI
Dr. Mohamad Hadzri Bin Yaacob
SETIAUSAHA
Hasmezam Bin Hassan
AJK
Mohd Razali Bin Dollah
AJK
Jalilah Binti Yaacob

SENARAI AHLI TERKINI (sehingga 22 Ogos 2012) - 67 orang ahli

1. Dato' Md Tahir Bin Mohammed DJMK, DIMP (Penaung)
2. Haji Bunyamin Bin Mohammed - Ahli Perniagaan
3. Dr. Abd. Shatar Bin Che Abd Rahman - Pensyarah IPG Kuala Lipis
4. Dr. Mohamad Hadzri Bin Yaacob - Pensyarah Kanan, USM Kubang Kerian (Pengerusi )
5. Mohd Idris Mamat - Pengarah, LHDN
6. Nor Saidi Md Nor - Pensyarah ILP Pengkalan Chepa
7. Ilyas Abd.Kadir - Jurutera Jajahan P.Mas
8. Jalilah Yaacob - Guru Agama SK Geting 1
9. Yakob Shafai - Guru, SMK Kg Laut
10. Hussin Dolah - Pensyarah, UITM Dungun
11. Norizan Abd. Kadir - Pengetua, Sek. Men Durian Mentangau, Dungun
12. Nor Aziah Che Ahmed - Pengurus Watson, Perak
13. Hussin Omar - Pengarah Kolej Profesional MARA (KPM), Bandar Penawar, Johor
14. Ahmad Khairul Hafiz Mohd Hadzri - pembantu operasi, Air Kelantan Tanah Merah
15. Nor Maisarah Che Ahmed - masih belajar - UTM Skudai (Matematik)
16. Siti Rokiah Mohd Hadzri - masih belajar - UIAM Kuantan (dietetik)
17. Nur Hanis Che Rahim - masih belajar - IPG Kota Bharu - (TESL)
18. Siti Maisarah Mohd Hadzri - masih belajar - UIAM Kuantan (Farmasi)
19. Mohd Rusydi Mohd Hadzri -masih belajar - UITM Machang (Sains Komputer)
20. Rosaini Mamat - Guru, SK Berangan 1
21. Hafsah Yakub - Guru, SK Berangan 1
22. Zulkifli Abdu Majid - Guru, SK Berangan 1
23. Fauziyah Abd Ghani - Guru, SK Perempuan Pasir Putih
24. Abdul Rahim Bin Mohamad - Mantan Pengarah IT, Kementerian Komoditi & Perladangan
25. Lukmanul Hakim Mohd Noor - masih belajar, USIM (Perubatan)
26. Husin Hassan - Mantan Pengurus, Redicare Jajahan Gua Musang
27. Zahani Yusof - Guru, Sek. Men Tumpat (SMT)
28. Faridah Hj Yaacob - Guru, Tadika Tengku Anis, Pasir Mas
29. Zarila Yusof - Jururawat, HKL
30. Nurasyikin Yusof - Kem. Pelancongan
31. Cik Sum Yusof - Jurutera, JKR, Kuala Lumpur.
32. Haji Zulkarnain B. Ismail, Senior General Manager, Drilling Division, PETRONAS Carigali
33. Azira Mohd Fudzi - masih belajar - Politeknik Kok Lanas
34. Mohd. Azizul Mohd Fudzi - masih belajar - UKM
35. Jamilah Mohd Fudzi - masih belajar - UITM Seremban
36. Baharudin Shafie - guru - Sek Men Keb Sg. Pinang, Tumpat.
37. Mohamad Zaki Mohd Noor - bekerja sendiri
38. Norliana Mohd Noor - Jururawat, Hospital Selayang, Selangor
39. Zulhusmi Mohd Noor - masih belajar - Univ of Adelaide, Australia (Kejuruteraan)
40. Mohamad Ridhuan Mohd Noor - masih belajar - UM (Pengajian Melayu)
41. Nor Hidayah Mohd Noor - masih belajar  - UITM (Farmasi)
42. Nor Aqlily Riana Hashim - masih belajar - IPG Kota Bharu (Pendidikan Islam)
43. Siti Syahirah Nabila Mohd Yamin - masih belajar - IPG Kampus Temenggung Ibrahim (TESL)
44. NorSuaznida Azahan - masih belajar - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis (Information Technology -Networking)
45. Wan Nor Adibah Wan Ahmad - masih belajar - UITM Arau Perlis (Civil Engineering)
46. Muhamad Hafizfudin Mohd Nasir - masih belajar - Kolej Komuniti Arau Perlis (Teknologi Komputer)
47. Nurul Shafina Yaacob - masih belajar - UITM Machang (Sains Komputer)
48. Nur Hidayah Mazlan - masih belajar - UPM Serdang (Bioperubatan)
49. Nuraihan Ismail - masih belajar - Politeknik Merlimau Melaka (Pengurusan Hotel dan Katering)
50. Dr. Mohd Zurairie B. Mohd Zubir - Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
51. Wan Nur Shawanies Wan Tareh - masih belajar - UITM Shah Alam (Corporate Administration)
52. Asma Farizan Abdul Malik - masih belajar - IPG Kampus Perlis, Perlis (TESL)
53. Sanusi Zakaria - Guru - Sek Keb Sg Tapang, Tumpat.
54. Abd. Wahab Yusof - Pengurus -  FELCRA Kaw Nasarudin Pemulihan, Daerah Sri Iskandar, Perak
55. Mohd Hazmi Yaacob - pekerja am - MRSM Pengkalan Chepa.
56. Nabila Huda Mohd Nor - masih belajar - USM P.Pinang (Mikrobiologi)
57. Ahmad Kamil Hj Muhammad - Guru- Sek Keb. Wakaf Bharu, Tumpat
58. Mohd Lotfi Hj Muhammad - Guru - Sek. Keb. Pasir Puteh, Merchang, Marang, Terengganu.
59. Ahmad Ridzuan Hj. Muhammad - Guru - Sek. Keb. Pengkalan Baru, Pantai Remis Perak.
60. Saupi Mamat - Guru - SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan
61. Muhammad Rahimi Abd. Rahman - Eksekutif Teknikal, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Kuantan, Pahang
62. Wan Syarifuddin Wan Ismail - Guru- Sek. Men Teknik Taiping, Perak.
63. Mohd Suhaimi Hj. Mohamad - Ketua Pen. Pengarah Bah Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jab Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kota Bharu.
64. Kamaruzaman Salleh - Eksekutif Logistik - MasterSkill Kolej Global, Lembah Sireh, Kota Bharu.
65. Mohammad Omar - Guru JQAF Pendidikan Khas, Sek. Keb. Dato' Mohamad Musa, Kota Samarahan, Sarawak.
66. Mohd Zaki Abdullah - Guru, Sek. Keb. Pengkalan Aur, Taiping, Perak.
67. Mohd Nasarudin Hj. Mohamad, Majistret, Mahkamah Ipoh, Perak.



Thursday, 15 December 2011

SENARAI AJK PIBG 2010-2012

Bil
Nama
Jawatan
1
Pn Hajjah Ramzah bt Yusuff (Guru Besar)
Ex-Officio
2
Tn Hj Ismail Mohamad
YDP
3
Tn Hj Bunyamin Mohammed
NYDP
4
En Deraman Hussin
Setiausaha
5
En Hasmezam Hassan
Pen. S/U
6
Pn Hasnah Hanafi
Bendahari
7
Tn Hj Mohd Zubir B. Rashid (PK Pentadbiran)
AJK
8
Pn. Siti Ruhana Bt. Kadir (PK HEM)
AJK
9
Pn. Siti Masita Bt. Ali (PK KO)
AJK
10
Dr Hadzri Yaacob
AJK
11
En Ab Kadir Yusoff
AJK
12
En Mohd Razali Dollah
AJK
13
En Mohd Shariff Ibrahim
AJK
14
En Zulkiflee Jaafar
AJK
15
Pn Jalilah Ya’acob
AJK
16
Pn Siti Fathiyah Yasok
AJK
17
Pn Zainab Dollah
AJK
18
Tuan Imam Hj Wan Ismail Wan Min
AJK