Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana memberi ruangan dan
kesempatan untuk kita sama-sama memeriahkan hari besar yang
ditunggu-tunggu selepas kita menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan selama
sebulan, iaitu hari raya Aidifitri.
Bagi pihak ALUMNI SKB1, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli ALUMNI SKB1, guru besar, para guru dan staf, ahli PIBG serta semua ibu bapa pelajar SKB1.
Sepertimana diwar-war sebelum ini, saya sekali lagi menjemput Dato'/datin, tuan/puan ke majlis ALUMNI Raya pada hari Rabu - 22.8.2012 yg akan diadakan di Dewan Hj Ismail, SKB1 mulai jam 2.00 ptg
Mengacau dodol berkawah-kawah
Pembuka selera di pagi raya
Pertemuan mengikat jalinan ukhwah
Kasih dan sayang amat terasa
MHY