Monday 4 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 2013

Alhamdulillah...

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah Kurnia dan RahmatNya dapat pihak AJK PIBG SK. BERANGAN 1 mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -37 pada 23 Februari 2013 (Sabtu). Mesyuarat tersebut pada awalnya akan dirasmikan oleh En. Mohd Nor B. Abdullah, Pengarah Biro Tatanegara Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat menghadirkan diri dan dihantar pengganti beliau.Mesyuarat berakhir dengan Jamuan Laksa bagi mengutip Derma Tabung PIBG SK. Berangan 1.

Wallahu'alam...

Monday 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H



Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana memberi ruangan dan kesempatan untuk kita sama-sama memeriahkan hari besar yang ditunggu-tunggu selepas kita menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan, iaitu hari raya Aidifitri. 
Bagi pihak ALUMNI SKB1, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli ALUMNI SKB1, guru besar, para guru dan staf, ahli PIBG serta semua ibu bapa pelajar SKB1.
Sepertimana diwar-war sebelum ini, saya sekali lagi menjemput Dato'/datin, tuan/puan ke majlis ALUMNI Raya pada hari Rabu - 22.8.2012 yg akan diadakan di Dewan Hj Ismail, SKB1 mulai jam 2.00 ptg
     Mengacau dodol berkawah-kawah
     Pembuka selera di pagi raya
     Pertemuan mengikat jalinan ukhwah
     Kasih dan sayang amat terasa
MHY

Wednesday 15 August 2012

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB 1 (SEHINGGA 16.8.12) - 64 orang ahli

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB 1 (SEHINGGA 16.8.12)

Hingga kini, ALUMNI SKB 1 sudah mempunyai 64 orang ahli di mana 5 orang ahli terbaru yang didaftarkan ialah:

1) Sdra Saupi Mamat, guru di Sek Men. Keb. Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan, tinggal di RPT Mengkebang, berasal dari Kg Berangan Pondok, belajar di SKB mulai 1974 hingga 1979.


2) Sdra Muhammad Rahimi Abd. Rahman, Eksekutif Teknikal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Kuantan Pahang, berasal dari Kg Berangan Pondok, tinggal di Balok, Kuantan, belajar di SKB  mulai 1985 hingga 1990.

3) Sdra Wan Syarfifudin Wan Ismail, guru di Sek Men. Teknik Taiping, Perak, berasal dari Kg Berangan Stesen, belajar di SKB mulai 1986 hingga 1991.

4) Al Ustaz Suhaimi Hj. Mohamad, Ketua Pen Pengarah, Jab. Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kota Bharu, berasal dari Kg Berangan Stesen, belajar di SKB mulai 1970 hingga 1995.

5) Sdr Kamaruzaman Salleh, Eksekutif Logistik, Masterkill Kolej Global, Lembah Sireh, Kota Bharu, berasal dari Cabang Tiga Berangan, belajar di SKB mulai 1968-1973





MHY

Saturday 11 August 2012

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB 1 (SEHINGGA 11.8.12)

Hingga kini, ALUMNI SKB 1 sudah mempunyai 59 orang ahli di mana 3 orang ahli terbaru yang didaftarkan ialah:

1) Sdra Ahmad Kamil Hj. Muhammad, guru di Sek Keb. Wakaf Bharu, berasal dari Kg Berangan Pondok, tinggal di Kg Kelong, belajar di SKB mulai 1971 hingga 1976.


2) Sdra Mohd Lotfi Hj. Muhammad, guru di Sek Keb. Pasir Puteh, Merchang, Kemaman Terengganu, berasal dari Kg Berangan Pondok, tinggal di Merchang, belajar di SKB  mulai 1976 hingga 1981.

3) Sdra Mohamad Rizduan Hj. Muhammad, guru Pendidikan Islam di Sek Keb. Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak,berasal dari Kg Berangan Pondok, belajar di SKB mulai 1985 hingga 1990.


MHY



Selamat Datang Cikgu Che Musthafa Che Kasim, Guru Besar SKB1 baru

Pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan tahniah dan Selamat Datang kepada Cikgu Che Musthafa Che Kasim sebagai Guru Besar baru SKB1. Beliau memulakan tugas sebagai GB SKB1 pada 1.7.2012. Mesyuarat AJK PIBG SKB1 pertama telah dipengerusikan oleh beliau pada 5.8.12.

Cikgu Musthafa, 52 tahun sebelum ini pernah berkhidmat di Sabah selama 10 tahun mulai 1982 diikuti Sek Men Keb Kg Laut, Sek Keb. Padang Mandol, Sek Keb Tumpat (PK Ko), Sek Keb Sri Tumpat (PK Hem), Sek Keb. Padang Pohon Tanjong (PK 1) dan yang terakhir GB di Sek Keb. Kg. Laut selama 6 bulan sebelum ke SKB1 sebagai GB.

Beliau meletakkan visi dan harapan sebagai GB SKB1 seperti berikut;

Memastikan kecemerlangan SKB1 terus dipertahan dan dipertingkatkan dengan kerjasama semua pihak termasuk para guru, ibu bapa, PIBG dan para staf SKB1 yang lain.

Sesungguhnya dengan pengalaman luas beliau sebagai seorang pendidik, pihak ALUMNI penuh yakin, beliau akan terus memacu kecemerlangan SKB1 ke tahap yang lebih tinggi.


Selamat Bertugas Cikgu


MHY


Tuesday 7 August 2012


Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri ALUMNI SKB 1 – (Hari Raya ke-4)

Sukacita saya memaklumkan bahawa satu perjumpaan hari raya Aidil Fitri ALUMNI SKB1 akan diadakan seperti berikut;

Hari - Rabu
Tarikh – 22 /8 / 12   (4 Syawal 1433 H)
Masa – 2.00 hingga 4.30 ptg
Tempat – Dewan Hj. Ismail, SKB 1, Tumpat, Kelantan.

Semua ahli ALUMNI SKB1 dijemput hadir beramai-ramai. Memandangkan perjumpaan ini merupakan julung-julung kali diadakan selepas ALUMNI SKB1 diwujudkan pada tahun 2011, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk hadir beramai-ramai, berjumpa, bertemu mata dan berkongsi cerita  dengan sahabat lama yang kita jarang jumpa sebaik sahaja meninggalkan SKB1.

Jamuan disediakan oleh pihak urusetia.

Untuk maklumat lanjut/pengesahan kehadiran, sila hubungi;
Dr Hadzri – 012-9620354 atau hadzri@kb.usm.my
Cikgu Deraman – 019 9196894


Kedatangan semua ahli ALUMNI SKB1 amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.


MHY

Monday 2 July 2012

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB 1

Hingga kini, ALUMNI SKB 1 sudah mempunyai 56 orang ahli di mana ahli terbaru yang didaftarkan ialah Sdri Nabila Huda Mohd Nor, pelajar USM P. Pinang dalam jurusan Mikrobiologi. Beliau berasal dari Kg Padang Tembesu dan belajar di SKB 1 mulai 1998 hingga 2003.
Disebabkan kekangan masa, pendaftaran ahli baru ALUMNI SKB 1 agak perlahan. Diharapkan maklumat ahli alumni yang belum didaftarkan dapat disalur terus kepada saya untuk kemaskini senarai keahlian yang mana boleh dirujuk kepada maklumat yang diposting pada 16 Dec 2011. Pihak kami hanya update dalam senarai tersebut sahaja (posting - 16 Dec 2011) tanpa perlu menghantar posting baru setiap kali keahlian baru alumni didafarkan.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih

MHY