Selamat Datang Cikgu Che Musthafa Che Kasim, Guru Besar SKB1
baru
Pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan tahniah dan Selamat Datang
kepada Cikgu Che Musthafa Che Kasim sebagai Guru Besar baru SKB1. Beliau memulakan
tugas sebagai GB SKB1 pada 1.7.2012. Mesyuarat AJK PIBG SKB1 pertama telah dipengerusikan
oleh beliau pada 5.8.12.
Cikgu Musthafa, 52 tahun sebelum ini pernah berkhidmat di Sabah
selama 10 tahun mulai 1982 diikuti Sek Men Keb Kg Laut, Sek Keb. Padang Mandol,
Sek Keb Tumpat (PK Ko), Sek Keb Sri Tumpat (PK Hem), Sek Keb. Padang Pohon Tanjong
(PK 1) dan yang terakhir GB di Sek Keb. Kg. Laut selama 6 bulan sebelum ke SKB1
sebagai GB.
Beliau meletakkan visi dan harapan sebagai GB SKB1 seperti
berikut;
Memastikan kecemerlangan SKB1 terus dipertahan dan
dipertingkatkan dengan kerjasama semua pihak termasuk para guru, ibu bapa, PIBG
dan para staf SKB1 yang lain.
Sesungguhnya dengan pengalaman luas beliau sebagai seorang
pendidik, pihak ALUMNI penuh yakin, beliau akan terus memacu kecemerlangan SKB1
ke tahap yang lebih tinggi.
Selamat Bertugas Cikgu
MHY
No comments:
Post a Comment