Sunday 15 April 2012

PENGERUSI PIBG SKB 1 BERSARA SELEPAS 37 TAHUN BERKHIDMAT

Pengerusi PIBG SKB 1, Ybrs Tn Hj. Ismail Mohamad telah mula bersara setelah 37 tahun mencurah khidmat bakti kepada perkembangan dan kemajuan Sekolah Kebangsaan Berangan 1. Majlis persaraan beliau telah diadakan serentak dengan mesyuarat PIBG kali ke 36 pada 31 Mac 2012. Beliau diganti oleh Ybrs Tn Hj. Bunyamin Hj Mohamad yang juga salah seorang ahli ALUMNI SKB1. Sebagai acara simbolik persaraan beliau, Tn Hj Ismail dan isteri diarak di atas kenderaan yang dihias khas dengan diiringi sepuluh buah kenderaan lain bergerak dari perkarangan sekolah ke rumah beliau yang terletak kira-kira 2 km dari sekolah. Pihak keluarga Tn Hj Ismail juga bermurah hati mengadakan jamuan tengahari untuk semua hadirin di perkarangan rumah beliau.

Carian di laman web serta maklumat dari Malaysia Book of Record (MBOR) oleh pihak ALUMNI mendapati belum ada rekod resmi dicatatkan oleh seseorang individu sebagai pengerusi PIBG terlama bertugas di sebuah sekolah di Malaysia setakat ini.

Rasanya tidak terlewat untuk pihak ALUMNI mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj. Ismail dan selamat bertugas kepada Tn Hj Bunyamin. Semoga kesinambungan kecemerlang SKB1 dan PIBG akan berterusan di bawah kepimpinan baru apatah lagi pengerusinya juga merupakan ahli ALUMNI SKB1.

MHY

No comments:

Post a Comment