MAJLIS LABUHAN BAHTERA GEMILANG (PERSARAAN)
GURU BESAR CEMERLANG
PUAN HAJJAH RAMZAH BINTI YUSOFF
Pada 28 Jun 2012, maka terciptalah satu lagi sejarah bagi SK. Berangan 1 apabila Guru Besar Cemerlang, Pn. Hjh Ramzah Bt. Yusoff telah bersara dari perkhidmatan beliau. Selama 8 tahun sebagai Guru Besar, sudah banyak sumbangan yang beliau berikan kepada sekolah ini sehingga berjaya mengangkat SK. Berangan 1 sehingga menjadi antara sekolah yang terbilang di daerah ini samada dari segi akademik, ko-kurikulum dll. Di majlis tersebut, salah seorang ahli ALUMNI SK. Berangan 1, Siti Maisarah Bt. Dr. Hadzri telah menyampaikan ucapan mewakili bekas murid Pn. Hjh Ramzah. Beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar atas sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah.
Pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan selamat bersara kepada Pn Guru Besar semoga kehidupan puan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Pn GB bersama Cikgu Zulkifli, Cikgu Ibrahim dan Siti Maisarah (wakil ALUMNI SKB1) |
Persembahan nasyid oleh wakil PIBG |
Nyanyian lagu "Masih Kah Kau Ingat" oleh guru-guru SKB1 |
Zaidi Buluh Rindu dengan lagu "Rindu-Rindu" |
Bersama para guru SKB1 |
Bersama AJK PIBG SKB1 dan mantan Pengerusi PIBG - Tn Hj. Ismail (pertama dari kiri) |
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
No comments:
Post a Comment