Monday, 2 July 2012

KEAHLIAN TERKINI ALUMNI SKB 1

Hingga kini, ALUMNI SKB 1 sudah mempunyai 56 orang ahli di mana ahli terbaru yang didaftarkan ialah Sdri Nabila Huda Mohd Nor, pelajar USM P. Pinang dalam jurusan Mikrobiologi. Beliau berasal dari Kg Padang Tembesu dan belajar di SKB 1 mulai 1998 hingga 2003.
Disebabkan kekangan masa, pendaftaran ahli baru ALUMNI SKB 1 agak perlahan. Diharapkan maklumat ahli alumni yang belum didaftarkan dapat disalur terus kepada saya untuk kemaskini senarai keahlian yang mana boleh dirujuk kepada maklumat yang diposting pada 16 Dec 2011. Pihak kami hanya update dalam senarai tersebut sahaja (posting - 16 Dec 2011) tanpa perlu menghantar posting baru setiap kali keahlian baru alumni didafarkan.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih

MHY

Saturday, 30 June 2012

PIBG SK. BERANGAN 1 CEMERLANG

 

Barisan depan 2 dari kiri - Pn Guru Besar SKB1 dan 4 dari kiri - En Mohd Rozi - NYDP PIBG SKB 1 bersama cek anugerah PIBG cemerlang peringkat PPD Tumpat

Telah tercipta satu sejarah, pada tanggal 26 Jun 2012, PIBG SKB 1 telah menerima Anugerah sebagai PIBG paling cemerlang Tahun 2011 bagi Daerah Tumpat. TAHNIAH diucapkan kepada SEMUA yang terlibat dalam meraih pengiktirafan ini.

Mengambil kesempatan ini pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan tahniah di atas pencapaian ini yang julung-julung kali diterima. Semoga PIBG SKB 1 akan terus cemerlang di bawah pengurusan Tn Hj Bunyamin, yang juga salah seorang ahli ALUMNI SKB 1

MAJLIS LABUHAN BAHTERA GEMILANG (PERSARAAN)

GURU BESAR CEMERLANG

PUAN HAJJAH RAMZAH BINTI YUSOFF






Pada 28 Jun 2012, maka terciptalah satu lagi sejarah bagi SK. Berangan 1 apabila Guru Besar Cemerlang, Pn. Hjh Ramzah Bt. Yusoff telah bersara dari perkhidmatan beliau. Selama 8 tahun sebagai Guru Besar, sudah banyak sumbangan yang beliau berikan kepada sekolah ini sehingga berjaya mengangkat SK. Berangan 1 sehingga menjadi antara sekolah yang terbilang di daerah ini samada dari segi akademik, ko-kurikulum dll. Di majlis tersebut, salah seorang ahli ALUMNI SK. Berangan 1, Siti Maisarah Bt. Dr. Hadzri telah menyampaikan ucapan mewakili bekas murid Pn. Hjh Ramzah. Beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar atas sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah.

Pihak ALUMNI SKB 1 mengucapkan selamat bersara kepada Pn Guru Besar semoga kehidupan puan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. 


Pn GB bersama Cikgu Zulkifli, Cikgu Ibrahim dan Siti Maisarah (wakil ALUMNI SKB1)


Sebelum itu, tanggal 27 Jun 2012, satu majlis persaraan telah diadakan khusus oleh PIBG dan guru-guru SKB1 untuk Pn GB bertempat di dewan Hj Ismail, SKB1 bermula jam 9.00 mlm hingga 11.30 mlm. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid (PIBG), nyanyian (guru SKB1) dan acara kemuncak, persembahan dikir barat oleh pendikir tersohor, Zaidi Buluh Perindu yang juga bekas pelajar Pn GB semasa di Sek. Men. Wakaf Bharu. 

Persembahan nasyid oleh wakil PIBG       


Nyanyian lagu "Masih Kah Kau Ingat" oleh guru-guru SKB1






Zaidi Buluh Rindu dengan lagu "Rindu-Rindu"



Bersama para guru SKB1


Bersama AJK PIBG SKB1 dan mantan Pengerusi PIBG - Tn Hj. Ismail (pertama dari kiri)





                                                            Tuai padi antara masak
                                                            Esok jangan layu-layuan
                                                           Intai kami antara nampak
                                                           Esok jangan rindu-rinduan






Friday, 11 May 2012


MENGENALI AHLI ALUMNI SKB 1 - SIRI 1

Nama ahli: DR HJ MOHAMAD HADZRI HJ YAACOB    (Pengerusi ALUMNI SKB 1 / AJK PIBG 2012/2014)

Jawatan: Pensyarah kanan / Pengerusi Program Sains Forensik, USM

Bidang: Kimia Forensik dan Kimia Analitikal

Alamat tempat kerja; Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) , USM Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No tel pejabat : 09-767 7553        alamat email : hadzri@kb.usm.my

Tahun bersekolah di SK Berangan: 1968 - 1973

Perkongsian / bantuan maklumat untuk ahli ALUMNI;

a) maklumat umum bagaimana memohon memasuki USM khususnya dalam bidang Sains Kesihatan yang ditawarkan oleh PPSK ( ada 11 program ditawarkan - 10 program peringkat ijazah pertama dan 1 program di peringkat diploma)  kepada lepasan matrikulasi Kem Pelajaran Malaysia,  Pusat Asasi Sains UM (PASUM), lulusan STPM dan lulusan peringkat Diploma (khususnya Dip dalam bidang Sains) serta SPM ( untuk kursus Diploma Kejururawatan sahaja).

b) maklumat umum mengenai PPSK sebagai salah satu pusat pengajian USM bertempat di Kubang Kerian, Kelantan

c) maklumat umum  mengenai program Sains Forensik yang ditawarkan oleh PPSK, USM bertempat di Kubang Kerian

InsyaAllah, untuk Siri 2, makluman mengenali Ahli Alumni SKB 1 akan memaparkan maklumat ahli yang lain pula.

Tkasih

MHY

Sunday, 15 April 2012

PENGERUSI PIBG SKB 1 BERSARA SELEPAS 37 TAHUN BERKHIDMAT

Pengerusi PIBG SKB 1, Ybrs Tn Hj. Ismail Mohamad telah mula bersara setelah 37 tahun mencurah khidmat bakti kepada perkembangan dan kemajuan Sekolah Kebangsaan Berangan 1. Majlis persaraan beliau telah diadakan serentak dengan mesyuarat PIBG kali ke 36 pada 31 Mac 2012. Beliau diganti oleh Ybrs Tn Hj. Bunyamin Hj Mohamad yang juga salah seorang ahli ALUMNI SKB1. Sebagai acara simbolik persaraan beliau, Tn Hj Ismail dan isteri diarak di atas kenderaan yang dihias khas dengan diiringi sepuluh buah kenderaan lain bergerak dari perkarangan sekolah ke rumah beliau yang terletak kira-kira 2 km dari sekolah. Pihak keluarga Tn Hj Ismail juga bermurah hati mengadakan jamuan tengahari untuk semua hadirin di perkarangan rumah beliau.

Carian di laman web serta maklumat dari Malaysia Book of Record (MBOR) oleh pihak ALUMNI mendapati belum ada rekod resmi dicatatkan oleh seseorang individu sebagai pengerusi PIBG terlama bertugas di sebuah sekolah di Malaysia setakat ini.

Rasanya tidak terlewat untuk pihak ALUMNI mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj. Ismail dan selamat bertugas kepada Tn Hj Bunyamin. Semoga kesinambungan kecemerlang SKB1 dan PIBG akan berterusan di bawah kepimpinan baru apatah lagi pengerusinya juga merupakan ahli ALUMNI SKB1.

MHY

Sunday, 1 April 2012

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ALUMNI SKB 1?

1. Keahlian terbuka kepada semua bekas pelajar Sek Keb Berangan (sebelum 1.1.1994) dan Sek Keb Berangan 1 (selepas 1.1.1994).

2. Sila email maklumat berikut ke hadzri@kb.usm.my;

a) Bagi yang sudah bekerja

Nama:
Pekerjaan:
Alamat tempat kerja:
Alamat tetap di Kelantan:
Tahun belajar di SKB atau SKB1:
No telefon pejabat / bimbit:
Alamat email:


a) Bagi yang masih belajar

Nama:
Nama institusi (IPTA/IPTS/Kolej/ Matrikulasi/Politeknik dll):
Bidang (jika ada):
Alamat tetap di Kelantan:
Tahun belajar di SKB atau SKB1:
No telefon bimbit:
Alamat email:





Maklumat keahlian akan diupdate dalam blog ALUMNI SKB 1 dari masa ke semasa apabila saya menerima pendaftaran baru.

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua bakal ahli ALUMNI SKB 1

MHY
Pengerusi ALUMNI SKB 1




TAHNIAH!  SKB 1 MENDAPAT ANUGERAH BAI'AH KALI KE 2

Saya mewakili ALUMNI SKB 1 mengucapkan jutaan tahniah dan rasa syukur yang tidak terkira di atas kejayaan SKB 1 menerima penghargaan - anugerah Bai'ah kali ke 2 berturut-turut dari Kem Pelajaran Malaysia. Bai'ah pertama diterima pada tahun 2011. Tahniah kepada Puan Guru  Besar SKB1, Pn Hajjah Ramzah, semua guru dan kakitangan SKB1, PIBG, ibu bapa dan para pelajar SKB 1. Kerja sama erat yang diberikan oleh semua pihak ini telah memungkinkan SKB 1 terus memacu kecemerlangan apatah lagi memenangi hadiah Bai'ah kali kedua ini. Sungguh benarlah seperti terpampannya motto SKB 1 Sentiasa Ke Arah Bitara.  


Semoga SKB 1 akan terus cemerlang, insyaAllah !!

MHY, 
Pengerusi ALUMNI SKB 1